Azzam IK2 Fan Club: Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 6              
              
           
      
      
        




      
      
        

Chat


Sabtu, September 25

Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 6


        Dayana terkejut akan kemunculan kereta Mercedes yang tidak dikenalinya itu. Setahu Dayana, dia tidak mengenali sesiapa yang memakai kereta Mercedes. Dayana menoleh ke abangnya yang kelihatan terkejut dengan kehadiran Jiha, teman wanitanya dari Singapura. Azzam cepat-cepat memakai selipar dan menuju ke kereta teresebut.

        "Hai, Azzam!"

        "Hai, you buat apa kat sini?" kata Azzam sambil mengukirkan senyuman tawar.
        "Melawat you lah, habis tu takkan I pergi melancong kot! Hish, you ni!"

        "I tahu you datang melawat, tapi at least you boleh call dulu kan." Jiha tidak peduli dengan kata-kata Azzam lalu terus masuk ke laman rumah Azzam. Dayana yang berasa sakit hati terus meninggalkan Fienaz, Ain dan Arill lalu menuju ke kamar tidurnya.

*****

        Dayana menangis teresak-esak di biliknya, dia menghentak tangannya dengan geram di atas katilnya. 'Dalam diam, rupanya abang Azzam dah mempunyai teman wanita, dahlah buruk! Berlagak pula tu!' bisik Dayana di dalam hati. Azzam terus ke bilik Dayana untuk memujuk. Malangnya, Dayana tetap berkeras tidak mahu.

        Setelah puas melepaskan geramnya, dia membukak laptopnya dan meluru ke laman blognya, menulis:
"Dear K, Yana hari ini berasa geram sangat pada tindakan perempuan tu. Dahlah buruk, tak sopan santun pastu main terjah je rumah orang! Hish tak patut lah... K, apa patut Yana buat? Love, D Amerda"
        Dayana berasa puas lalu dia turun untuk makan malam bersama keluarganya termasuk perempuan yang dibencinya. Semasa berada di meja makan, Jiha menyuruh Dayana supaya tidak makan bersama keluarganya, dia memetik idea "Siapalah yang kat rumah ni masih belum matang, sila naik, jangan ganggu orang yang tengah makan! Asyik nak bermanja je!"

        Dayana berasa amat geram lalu menghentak meja dan meluru ke biliknya, menangis esak-esak. Dayana meluahkan perasaannya, "Geramnya! Apa lah masalah perempuan tu? Tak habis-habis nak cari pasal ngan Yana! Kenapa dia cakap Yana macam tu?!"

        Saat itu Dayana berasa amat benci kepada abangnya. 'Mengapa abang suka kat perempuan gedik tu?!' bisik Dayana sendiri. Segala barang yang dihadiahkan oleh Azzam kepadanya dicampak ke atas lantai! Tiba-tiba, badannya berasa lemah, dia tidak dapat mengawal dirinya. Cutter yang berada di atas mejanya diambil oleh Dayana.....
*****

        Pagi esoknya, Datin Dina berasa curiga, mengapa Dayana tidak keluar daripada biliknya? Adakah Dayana masih belum bangun? Datin Dina mengambil kunci bilik Dayana lalu membuka pintu biliknya. Datin Dina terkejut apabila melihat anaknya telah pengsan di atas lantai. Tangannya berdarah akibat dilukakan menggunakan pisau.

        Datin Dina terkejut lalu menangis. Dia berasa takut akan kehilangan puteri angkat kesayangannya itu...
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comment(s):