Azzam IK2 Fan Club: Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 8              
              
           
      
      
        




      
      
        

Chat


Selasa, Oktober 26

Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 8

Kecederaan Jiha telah menghantui seluruh keluarga Dayana.Dayana terkejut melihat pergelangan tangan Jiha,lalu menyuruh Azzam membawa Jiha ke hospital.Di hati Dayana,"Adakah kerana aku Jiha sanggup membunuh diri ?"

Di hospital,Dayana adalah orang yang paling cemas.Dia tidak tahu apa yang akan terjadi kalau Jiha tiada kerana dia.

*****

Pada 2009,

Pernah sekali Jiha pulang bersama papa dan abangnya dan pada saat itu Jiha dapati Dayana koma dan terlantar di hospital kerana dilanggar oleh kereta.Dia telah berbuat macam-macam supaya Dayana tidak akan sedar daripada koma tapi Datin Dina yang menjaga bagai menatang minayak yang penuh.Selepas Dayana sedar,dia mendapati ada satu surat di tangannya,lalu Dayana membukanya:

Kepada Siti Amirah Dayana,

Aku berharap kau tidak akan menyesal apa yang kau telah lakukan pada aku dan Azzam.Aku inginkan Azzam semula,kerana kau kita berdua putus cinta.Kalau kau mencari masalah pada aku,aku tidak teragak-agak untuk SINGKIRKan Kau SITI AMIRAH DAYANA.

Ingat kalau kau buat hal,aku akan pastikan kau,Datin Anisaa Dina & Datuk Azroy akan hancur di tangan aku...

 Yang benar,
Analiyana Jiha

*****
Dayana teringat surat ugutan dari Jiha tahun lepas,lalu dia merayu pada Datuk Roy supaya menghantar dia pulang.Azzam yang terdengar perbualan papa dan Dayana lalu,menyuruh papanya bawa dia sekali.

Di rumah,Dayana tergesa ke kamarnya untuk mencari surat ugutan dari Diva Jiha.

Di kamar Dayana:

"Yana,tengah cari apa ?"

"Oh ya,Yana tengah cari surat ugutan Jiha,kenapa ye ?"

"Apa ?! Surat ugutan dari Jiha ?!"

"Yup,kenapa abang terkejut semacam,macam kena rasuk jer."(Dayana ketawa riang)

"Jadi tahun lepas,Jiha pernah hantar surat ini pada Yana ke ?"

"Ye abangku yang kacak,kenapa abang ?"

Dayana yang bersenyum manis telah berjumpa dengan surat itu,lalu bagi pada Azzam.

"Ini dia abang surat ugutan Jiha."

"Oh,thanks.Boleh abang baca ?"

"Boleh bacalah."(Riak muka Dayana berubah menjadi masam)

Azzam membuka surat itu dengan perlahan dan baca ugutan dari Jiha.Selesai baca surat itu,lalu Azzam menarik Dayana keluar dari rumah tuju ke hospital.

Azzam meluru ke bilik sakit Jiha dan tengking tanpa disedari Jiha masih lemah dan tidak boleh berkata.Azzam tetap memaksa Jiha untuk jelaskan semuanya malangnya,Azzam yang terlalu kuat lalu menarik Jiha dari katil,tiub di tangan Jiha putus dan telah mengalir banyak Darah.Azzam fobia !
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comment(s):