Azzam IK2 Fan Club: Dia Kekasihku Hingga Akhir:Bab 2              
              
           
      
      
        




      
      
        

Chat


Isnin, Julai 26

Dia Kekasihku Hingga Akhir:Bab 2


              Semasa Dayana ingin membasuhi cawan di bilik air tiba-tiba seluruh tubuhnya berasa lemah longlai dan tidak bermaya, lalu pengsan di bilik air. Serpihan cawan Donald Duck telah mencedarakan kepalanya. Datin Dina hanya mampu melihat darah di kepala Dayana mengalir. Datin Dina cepat-cepat menyuruh Bibik Kasina menelefon ambulans.

              Bibik Kasina bergegas ke meja telefon untuk menelefon Hospital KPJ Damansara.Sementara menunggu ambulans,Datin Dina hanya mampu melihat keadaan Dayana,pengsan di kedudukannya.

              Beberapa minit kemudian ambulans sampai di rumah lalu mengangkat Dayana masuk ke dalam.Di ambulans,Datin Dina memandang ke telefon Blackberry 8900,lalu menelefon Azzam.

"Assalammualaikum,Azzam ini mama.Azzam ada di mana ?"

"Waalaikummusalam,mama.Azzam berada di pejabat papa,ada apa mama rasa macam cemas semacam saja ?"

"Mahu tak cemas,Yana dia jatuh di bilik air,terhantuk kat lantai.Lepas tuh,kepala berdarah sebab cawan pecah menusuk kepalanya."

"Ya Allah,ma biar betul Yana jatuh kat bilik air ?"

"Betullah Zam,nih mama on the way ke hospital hantar Yana,kalau ada masa baliklah kesian mama tengok Yana,dia dah lah sakit kamu pula tak mahu jenguknya,dia sakit hati kamu tahu."

"Baiklah ma,Azzam bagitahu papa apa yang jadi kat Yana,esok lusa Azzam dengan papa balik lah,kami tengah tengok keadaan."

"Ingat tau,bagitahu papa kamu,assalammualaikum."

"InsyaAllah,waalaikummussalam."

******

             Sampai saja di hospital,para jururawat terus membawa Dayana ke bilik rawatan.Di luar bilik rawatan,bibik Kasina cuba mengenangkan Datin Dina yang sedang nangis teresak-esak.Datin Dina sedang terfikir apa yang akan berlaku selepas ini,dia tidak mampu menanggung masalah lepas ini,dia mampu menyerah pada takdir.

             Datin Dina mengeluarkan telefon Balckberry 8900 untuk menelefon suaminya yang berada di Singapura,dia takut Azzam terlupa memberitahunya.Belum sempat dia menekan 'Keypad Unlock',telefon telah pon berbunyi.Datin Dina melihat melalui skrin [Abang Roy(Hubby)],Datin Dina terus menekan 'Answer Call'

"Ina,apa yang telah berlaku di Malaysia ?"

"Abang,bukan dah tahu ke ?"

"Memanglah abang dah tahu tapi setakat Azzam cerita,entah-entah nak suruh abang balik Malaysia,mana tahu."

"Abang nih ini betullah,Yana pengsan kat bilik air,cawan yang dipegangnya pun jatuh ke lantai,sebab itu kepala dia luka."

"Kalau betul,abang berangkat malam nanti,InsyaAllah."

"Baguslah macam tuh,Yana pun dah 6 tahun tak jumpa abang dengan Azzam,oklah doktor nak jumpa Ina nih,nanti Ina call balik,Assalammualaikum."

******

              Doktor Sara yang merawat Dayana memanggil Datin Dina untuk berjumpa dengannya.

"Datin Dina,saya Doktor Sara yang merawat Siti Amirah Dayana Binti Mohamed Azroy Hashim."

"Oh,doktor apa jadi dengan anak saya,Dayana ?"

"Anak Datin mengalami stress dan tertekan,mungkin dia terlalu fikirkan sesuatu jadi sebab itu kemalangan ini sering berlaku."

"Dia memang tertekan doktor,selepas 6 tahun abangnya tidak menelefon untuk menanya khabarnya,dia selalu menanya,adakah abangnya lupa padanya.Jadi kepala dia apa jadi doktor ?"

"Kepala dia mengalami kecederaan kecil tapi saya akan periksa lebih lanjut."

"Oh,doktor boleh tak saya jenguk anak saya ?"

"Boleh,kami telah masukkan di bilik 302."

"Terima kasih doktor."

"Sama-sama."

******

             Datin Dina menolak pintu yang mempunyai nombor 302 dan juga kertas yang bertulis 'Siti Amirah Dayana Bt. Mohd Azroy Hashim'.Datin Dina mengukir senyuman selepas Dayana sudah sedar,Dayana berpelukan bersama mamanya,dia berasa bersalah kerana kemalangan ini telah membuat mamanya bersusah payah.

"Mama,maafkan Yana sebab..."

"Tak palah,Yana mama tahu apa Yana nak cakap,dah lah jangan banyak sangat cakap nanti tak sihat pula."

"Mama,bila papa dan abang nak balik ?"

"Papa kata malam ini sampailah,Yana jangan risau,mereka pasti balik jenguk Yana."

             Datin Dina juga tidak mengetahui bila suaminya dan Azzam mahu pulang ke tanah air.

******

             Bila petang,Datuk Roy dan Azzam pergi ke Singapura International Airport untuk membeli 2 tiket untuk pulang ke Malaysia.Selepas itu mereka menunggu di bilik menggu nombor 2.Tetiba Azzam terfikir hendak beli teddybear untuk Dayana supaya dia gembira.

             Setelah 1 jam dalam kapal terbang,mereka dua beranak akhirnya sampai di tanah air.Ternampak juga Datin Dina sedang berlambai pada mereka.Datin Dina terus berpelukan suami dan anaknya.

            Datin Dina berjalan beriringan Datuk Roy dan Azzam,lalu memasukki kereta BMW 7 series. Selepas mereka keluar dari Subang Jaya Airport,tetiba 'BOM !'.

            Tayar kereta BMW 7 Series kempis !
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comment(s):