Azzam IK2 Fan Club: Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 3              
              
           
      
      
        




      
      
        

Chat


Selasa, Julai 27

Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 3


        Datuk Roy berasa sangat terkejut dengan apa yang terjadi kepada kereta BMW 7 Series Datin Dina. Azzam hanya mampu mengeluh dan mengomel "Alamatnya lambatlah jumpa Yana."

        Datin Dina menelefon Pak Samad iaitu driver Datuk Roy yang berada di hospital sedang menjaga Dayana bersama bibik Kasina.

        Kereta BMW 7 Series Datin Dina ditarik oleh 'Tow Truck' ke bengkel Mohd Dinie, Adik kepada Datin Dina. Selepas setengah jam, kereta Mercedes S Class Datuk Roy telah pon sampai. Mereka bertiga mengangkat barang masing-masing dan memasukkan ke dalam but kereta, sementara teddy bear untuk Dayana dipeluk oleh Azzam.

******

        Selepas setengah jam berada di dalam kereta, Datuk Roy, Datin Dina dan Azzam telah pon sampai ke Hospital KPJ Damansara.Datin Dina mahu suami dan anaknya tidur di hospital untuk menjaga Dayana, maklumlah mereka sudah 6 tahun tidak jenguk Dayana.

        Datin Dina, Datuk Roy dan Azzam berjalan sambil membawa 'luggage' lalu memasuki lif tingkat 3.Setelah sampai di tingkat 3, Datin Dina mengambil kad swap untuk memasuki pintu yang bertulis 'Wad Kanak-Kanak'.Datuk Roy dan Azzam hanya tertunduk lalu memasuki bilik 302 dan juga bertulis 'Siti Amirah Dayana Bt. Mohd Azroy Hashim'.

             Selepas Datin Dina memasuki, Dayana mengukir senyuman manis kepada mamanya, Datin Dina memberi Dayana sebungkus nasi putih dan sup sayur, lalu berkata

"Yana,ada orang nak jumpa dengan Yana,mahukah Yana berjumpa dengan mereka ?"

"Siapa mama ?"(Sambil menghirup sup sayur)

             Datin Dina memanggil dua beranak yang sedang berdiri di luar bilik 302,lalu mereka masuk.Dayana melopong,manakala Azzam terkejut.Dayana hanya mampu berkata dihatinya "Kacaknya Abang Azzam selepas meningkat remaja...".Azzam hanya mampu ternganga dan berkata dihatinya "Comelnya adik abang...",mana taknya Dayana mempunyai mata bulat seperti kucing sedang minta kasihan.

             Datin Dina dan Datuk Roy melihat lalu berkata

"Kamu berdua nih kenapa,sesama melihat dengan mulut ternganga ?"(Datuk Roy)

"Entahlah agaknya sudah 6 tahun kot lama tak jumpa bayang adik-beradik."(Datin Dina)

             Datin Dina dan Datuk Roy pergi turun ke bawah untuk membeli makanan di Cafe KPJ Damansara.

******

             Azzam menarik kerusi lalu duduk di sebelah katil Dayana,dia tidak mampu berkata apa "Kalau Yana tahu aku beli teddybear besar daripada dia,comfirm lepas nih aku kena sumpah,sepatutnya aku beli beg galas sekolah,aduhai !!"

             Azzam tidak mampu berkata apa-apa,lalu memberi Dayana sebuah teddybear besar,Dayana terkebil-kebil melihatnya

"Emm...Yana ini teddybear untuk Yana,abang beli kat Singapore Air Port,Yana marah tak abang beli teddybear besar muka Yana ?"

"Yana tak marahlah bang,malah Yana lagi happy akhirnya abang Yana yang dah kacak sudah pulang ke Malaysia untuk jenguk Yana tapi Yana marah sebab abang tak telefon Yana."

Dayana pura-pura merajuk lalu menunjukkan mulut muncung ala-ala Woodywood Packer.Azzam melihat lalu memujuk Dayana.Selepas memujuk,Dayana masih lagi muncung lalu Azzam mengambil nasi putih sapu di muka Dayana.Dayana menjerit

"Abang !"

"Yana muncung tadi,abang takde pilihan,so sapu jelah kat muka Yana, hehehe."

"Abang nih abis muka Yana,nasib baik bukan kepala kalau tak sakit."

Datin Dina dan Datuk Roy baru saja nak masuk bilik tapi kelihatan dua adik-beradik itu sedang bergurau,lalu mereka undur ke belakang supya mereka bermain puas.

******
              Selepas Dayana mengatakan "Nasib baik bukan kepala kalau tak sakit"baru Azzam duduk sebelah Dayana semula dan bertanya tentang kesihatannya.

"Yana,abang nak tanya boleh?"

"Boleh tanyalah."(Dayana mengukir senyuman)

"Yana,dah ok ke kepala tuh?"

"Oh,Yana dah ok sikit cuma kepala nih terkena kaca,so doktor minta Yana tinggal di sini untuk rawatan lanjut."

"Baru abang faham,Yana abang nak bagitau Yana benda,Yana jangan terkejut tau."

"Ok apa dia,Yana dah tak sabar?"

"Papa dan abang akan duduk di Malaysia kerana urusan di Singapore dah habis."(Azzam mengukir senyuman manis)

"Yahooo...Boleh abang ajar Yana buat Projek KH hehehe..."

Datin Dina mendengar seolahnya gembira,lalu dia bertanya kepada suaminya

"Betul ke bang?"

"Betul,nanti semua urusan di sana Azri,adik abang yang jaga."(Datuk Roy mengukir senyuman)

Tetiba Azzam menjerit memanggil mama dan papanya.

"Mama, papa Yana pengsan!"

Datin Dina dan Datuk Roy terkejut!
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comment(s):