Azzam IK2 Fan Club: Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 4              
              
           
      
      
        




      
      
        

Chat


Khamis, Ogos 5

Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 4

        Tubuh longlai Dayana diangkat di atas katil. Datin Dina nangis teresak-esak yang dipujuk pleh Datuk Roy. Azzam menuju ke surau untuk Solat Isyak dan berdoa kepada Allah semoga adiknya sembuh.

******

        Selesai sudah solat Isyak, Azzam melawat adiknya. Dalam hati Azzam, dia berasa serba salah kerana dia, adiknya berada di hospital. Datin Dina meluru masuk. "Azzam..." kata Datin Dina. Azzam terkejut.
        "Mama, Azzam nak tanya boleh?"

        "Hmm... Apa dia, Zam?"

        "Dah lama ke Yana derita?" soal Azzam dengan rasa bersalah.

        Linangan air mata Datin Dina mengalir selepas Azzam menanyakan soalan itu. "Azzam, Yana derita atas sebab papa dan kamu tak ambil peduli."

******
                       
        Datin Dina tetap mahu menyimpan rahsia bahawa Dayana menghidap penyakit Asma yang sangat kuat. Datuk Roy sendiri tidak tahu anak kandungnya mempunyai Asma, hanya Datin Dina sahaja yang tahu.Dayana sendiri meminta mamanya merahsiakan perkara ini. Semasa Dayana berumur 8 tahun, Datin Dina pernah membiarkan Dayana berenang di depan rumahnya tanpa pengawasannya. Dayana tidak muncul di permukaan air. Mujur Bibik Kasina ternampak Dayana lemas di dalam kolam renang itu. Datin Dina segera menelefon ambulans.

        Selepas doktor memeriksa Dayana, dia meluru keluar memberitahu Datin Dina. "Datin Dina, saya ada hal hendak cakap pada Datin, sila masuk ke ruang saya?"

        "Datin, saya ingin bertanya, pernah tak Datin tahu Dayana menghidap penyakit?"

        "Tak ada pula, setahu saya dia baik-baik sahaja. Penyakit apa doktor?"

        "Atas pemeriksaan saya, anak Datin menghidap penyakit Asma."

        "Ya Allah !"

******

        Datin Dina ingat sangat itu, dia duduk di sebelah Dayana, manakala Azzam ingin menanti kesedaran Dayana.

        Beberapa minit kemudian, Dayana telah pun sedar, Azzam dan Datin Dina berasa lega dan bersyukur. Dayana mengukirkan senyuman manis kepada Datin Dina dan juga Azzam. Datuk Roy sejak pulang tadi dia sudah ke cafeteria untuk membeli makanan.

        "Mama,apa yang dah jadi pada Yana ?" tanya Dayana kepada ibunya.

        "Yana, tak perlu fikirkan sangat, asalkan Yana dah sihat." jawab Datin lalu mengukirkan senyuman kepada anaknya.

******

        Pada keesokkan hari, Dayana telah dibenarkan pulang ke rumah. Dayana berasa amat gembira kerana papa dan abangnya telah pulang ke rumah.

        Sampai saja di rumah, Dayana terus meluru ke bilik tidurnya yang sudah 2 hari ditinggalkan. Azzam hanya tersenyum sinis melihat adiknya yang berperangai seperti kanak-kanak Ribena itu.

        Tiba-tiba.. Ding Dong! loceng pintu rumah berbunyi. "Ada tetamu!" jerit Dayana. Dalam hati Azzam tertanya-tanya siapakah tetamu itu?
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comment(s):