Azzam IK2 Fan Club: Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 5              
              
           
      
      
        




      
      
        

Chat


Rabu, Ogos 11

Dia Kekasihku Hingga Akhir: Bab 5


        Dayana melompat dari katil lalu ke pintu utama untuk membuka pintu, Azzam pula hanya menggeleng kepala melihat telatah adik tirinya. Dalam hati Azzam asyik tertanya siapakah tetamu yang disebutkan oleh Dayana?

        Azzam yang ingin menuruni tangga terserempak dengan Datin Dina, lalu bertanya "Mama, siapa yang datang? Yana mana?"

        "Yana ada di luar sedang berborak dengan kawan-kawannya, Fienaz, Ain dan Arill."

        Azzam memang pantang dengar nama Arill, iaitu murid yang kacak dari kelas 5 Anggerik, manakala Dayana pula di kelas 5 Mawar sama seperti Fienaz.

******

        Pagi Jumaat adalah hari yang paling gembira bagi Dayana. Dayana mendandan rambutnya, lalu mengambil beg sekolah yang berwarna merah jambu dan juga Kartun Minnie Mouse keluar dari biliknya. Selepas menuruni anak tangga, Dayana terserempak dengan Azzam. Dayana hanya menampilkan senyuman dan ciuman di pipi abangnya.

        Selepas Dayana ke sekolah menaiki basikal dan juga ditemani oleh kawan rapatnya, Fienaz ke sekolah, Azzam berasakan sudah lama dia tidak melihat bilik Dayana yang berwarna merah jambu itu dan dihatinya berkata 'Nak jenguk bilik Yana sekejaplah'. Lalu dia menaiki tangga dan pusing ke kiri,kalau dia pergi ke terus, itu adalah kamar mama dan papa,kanan pula kamar dia sendiri, buat apa hendak ke sana.

        Dia berharap agar adiknya tidak mengunci pintu bilik. Azzam perlahan-lahan memusing tombol pintu "eekk" (Bunyi engsel di pintu). Azzam berasa lega,dia terus melihat keliling bilik adiknya,lalu rebah badan ke katil empuk Dayana,lalu bisik di hatinya 'Empuknya katil Yana!'. Mata Azzam tiba-tiba tertumpu pada Notebook Kecil Sony VAIO Hitam Dayana, dia segera bangun dan mengoyangkan tetikus. Dia terkejut melihat peti e-mel Dayana dibuka begitu sahaja tanpa menekan 'log out'. Azzam mencari kesempatan melihat 'Secret E-mel' iaitu folder mengisi simpana rahsia Dayana.

        Azzam membaca semua e-mel rahsia Dayana,tiba-tiba menujukkan 'Arill '. Dia menekan nama Arill, '10 e-mel '. Azzam yang sedang khusyuk tidak sedar bahawa adiknya telah pulang dan sedang berdiri di depan pintu bilik sambil berdehem.

        Dayana melihat abangnya sedang mengigil ketakutan, dia melemparkan senyuman kepada abangnya. "Abang tengok e-mel Yana ek ?"

        "Ye,sebab abang nak kenal siapa Arill."

        "Ouh."

        "Yana tak kisahkan ?"

        Dayana hanya mampu mengangguk sebab dia berasa kelakar abangnya terlalu cuak hingga pucat.

******

        "Abang kau comel jugakkan, Yana?" kata Fienaz.

        "Berkenan lah tuh." jawab Dayana.

        "Mana kau tahu aku berkenan kat abang kau ?"

        "Tengok muka aku dah tahu lah Ienaz, Naz."

        Dayana dan Fienaz sedang bersuka ria sambil gelak, manakala Arill hanya mampu tertumpu pada PSP Birunya. Azzam pula berasa tidak kena pada Arill yang asyik sibuk dengan gamenya, lalau berbisik di hati 'Nak adik orang tapi jaga diri sendiri!'.

        "Hon, Hon!" Kereta Mercedes?
Facebook Blogger Plugin: Bloggerized by AllBlogTools.com Enhanced by MyBloggerTricks.com

0 comment(s):